PROJEK CENDAWAN TIRAM




Menurut Eva Guillamón et al 2010 yang dipetik daripada Journal Fitoterapia, cendawan dapat merawat kanser, merendahkan paras kolesterol dan tekanan darah sertã meningkatkan sistem ketahanan badan. Terdapat beratus-ratus jenis cendawan di seluruh dunia.
Tetapi, hanya beberapa jenis sahaja yang selamat untuk dimakan. Antara jenis cendawan yang biasa dinikmati adalah cendawan tiram, butang, shitake, dan cendawan straw. Cendawan sama seperti kentang dan epal, mudah mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Oleh itu, apabila cendawan telah dihiris, jangan didedahkan terlalu lama pada udara kerana akan menjadi lembik dan menukar warna kepada keperangan.